Free Flash banner by FlashBannerNow.com

May 20, 2011

teruja jadi pelajar tahun akhir Gigi~

Assalammua`laikum semua~


Hari ni puteri sangat2 happy...happy sgt2..ceteka ce teka ce teka sbb ape...hehehe..


Tadaaaa...Hari ni puteri dapat result exam final..gembira tak terkata dapat meneruskan pengajian ke tahun akhir semester depan..


Puteri mmg sgt2 risau dan gigil bila dekan nak umumkan keputusan tadi..walaupun tak cemerlang mana tapi puteri bersyukur sgt sbb still dapat naik tahun..Sekarang ni puteri tinggal nak siapkan proposal thesis jer..pastu kemas2 balik kg lah..hehehe.Tak sabar rasanya nak cuti 3 bulan..Malu gak tadi call mak sambil nangis sbb happy sgt..=)


Thanks mak sbb doakan puteri..tak lupa thnks kpd yg mendoakan kejayaan puteri..syg semua..=)

May 18, 2011

XTVT kala cuti..weewwiiiitt~

horeyyyn horeyyy..wewwiiiiittttt~~~


hai semua.assalammua`laikum..


Gumbira tak terkata kalau kita dapat cuti panjang kan. =)


Tapi kalau cuti panjang2 sangat ni bosan pula..okeh2, ni puteri nak senaraikan beberapa aktiviti yang berfaedah yang boleh puteri buat masa cuti nanti.


~First sekali, puteri nak belajar masak dengan mak..nak kata tak pandai masak langsung tu tak de lah..tapi i`m still learning..Puteri nak korek2 resepi mak nak korek2 rahsia mak..sbb mak masak sedap sgt..pergi lah kemana pun tak kan jupe masakan sesedap itu....n korang semua pun mesti setuju kan..xde masakan yang boleh lawan masakan mak sendiri kn.


~Pas tu puteri teringin nak belajar masak makanan bukan melayu...contohnya cam lasagna, pizza n lain2 lah..n tak lupa nak belajar buat mcm2 jenis kek yang sedap.....hmmmm..,,kecur saliva ku...~


~Masa cuti Puteri nak ambil kesempatan nak betulkan diri dalam bidang agama..Nak jadi lebih baik dan lebih baik dari sebelum nya..Insyaallah.Seronok, seronok jugak tapi bekalan akhirat tak boleh dilupakan..banyak lagi yang puteri perlu blajar dan tahu,sangat bnyak lagi..Harap Allah permudahkan niat puteri nih .=D


~ Kerja ??? hmm. da cakap ngan mak nak try kerja..tapi mak cakap duduk je lah kat umah..bukan selalu cuti...so ape lagi nak buat..makan tido makan tido la keja puteri..so antara hobi yang boleh buat adalah membela badan...huhuhu...tambah lemak kat mana yang patut..adoii...pas cuti abis lah kena ejek ngan abang2..huk3..~


~Yang paling tak sabar n da plan lama da..Puteri nak jahit baju2 yang puteri suka..plan nak jahit blaus yang cantik..tapi before tu Puteri kena design dulu..supaya tak de lah menjahanam kan kain..kang kena piat2 telinga ngan mak..yeahhhh..nasib baik mesin jahit dalam keadaan yang sihat..so leh lupakan lappy kejap sebab da ada kawan baru..mesin jahit..=) ~


~Apa lagi erk nak buat..masa cuti lah nak kuar jalan2 ngan member lama..mesti n mesti kena kuar lepak2 ngan member masa cuti nnti..then, mula lah kuar cerita lama2 pastu gelak2..wahhhh, bestnya...sesi mngingati zaman muda2 mmg sgt menarik..kenangan..tak lupa cerita yang paling best adalah korek2 rahsia kawan2..da berpunya kah korang..da nak kawin kah korang..best2..jnji jgn tya aku da laaa...ngek!~


~Mak ayah???..yesss cuti nanti nak borak byk2 ngan mak ngan ayah..nnti mesti kuar cerita nakal puteri masa zaman kecik2 dulu..arghh..malu2..merah da pipi..paling best gaduh2 ngan adik2..wahhh lama da tak buat aktiviti tu..ejek2...hehehe.~


~Cuti ngan baca novel mmg sgt sinonim..start cuti je nnti puteri nak borong novel byk2..nak baca puas2..n dlm masa yg sama bolehlah tambah koleksi yang ada kan..hehehe.Pas tu mulalah berangan kn..teruk betul!!


~Insyaallah cuti tak akan bosan selagi jari puteri boleh menulis..ti boleh update blog selalu..just keep reading je lah yer...


Oklah, pada yang da start bercuti tu..enjoy ur precious moment k..bkn selalu nak cuti pnjang..Puteri pun nak cuti molek2 sebab last year punya cuti, tak best sgt,,suram je.,,skrg, puteri nak ganti blk..yeaaahhhhh~














May 14, 2011

~ C a n t i K ~

Assalammua`laikum~~~~
kalau tak jawab berdosa.. kalau jawab tandanya sayang.. hehehe.


Hai semua.. sihatkah anda semua.. Puteri masih kepenatan setelah hampir 
sebulan pulun untuk exam final.. PROFESSIONAL EXAM` kot.. dengar nama exam pun da gerun.. belum lagi selak2 kertas soalan dia.. memang ketar perut.. jawapan memang berjela lah.. yelah nak penuh kan kertas jawapan tu.. markah nak kena beri beratus2..hope jawapan yang diberi itu menepati citarasa pemeriksa lah.. hahaha. Puteri tak dapat nak komen apa2 sekarang.. hanya TAWAKAL saja kepada ALLAH..ALLAH always on my side..=)
hanya Doa DOa dan DOA....

                 
                 
                   ~~~~~~~~~~~~~@@@@~~~~~~~~~~~~~~


Oklah,mlm nie Puteri hendak berkongsi tentang `cantik`....


Semua orang suke dengan cantik kan.. orang yang terkurang `sense` je tak suke benda yang cantik..tapi apa pandangan korang tentang maksud cantik sebenarnya..?? ce jawab ce jawab....=)


Umumnya cantik nie maksudnya sesuatu yang dapat membuatkan seseorang yang mempunyainya gembira atau seseorang yang melihatnya merasa suka..haih, da mcm kamus dewan bahasa dan pustaka da nih..hehehe..Namun maksud cantik ni boleh berbeza dari seorang dengan seorang lain..dan tahap ukuran kecantikan ini jugak tidak sama dari orang A ngan orang B..lain orang lain pendapatnya kan..


Tapi bagi puteri cantik sesuatu yang indah yang tidak semua orang senang2 memilikinya dan cantik ni sukar dijaga..Paling penting cantik sifatnya tidak kekal..`kecantikan hak milik setiap insan`..macam fimiliar je  kan kata2 ini..bila renung2 ayat nie..ada juga benarnya..kecantikan sudah di anugerahkan oleh Si Pecipta kepada setiap hamba2NYA..benar, cantik  hak setiap insan...tapi tidak semua yang menggunakan haknya pada tempat yang benar..


Puteri terfikir2 bila ada sahabat menasihatkan puteri usah risau tentang jodoh kerana katanya ramai lelaki diluar sana pasti akan terpaut ngan kecantikan ini..( walaupun tidaklah secantik mana...adeeiiiiii...).Puteri terfikir adakah molek jika cantik rupa paras yang dipertaruhkan..adakah akan bahagia jika cantik rupa yang membuat kan seseorang lelaki suka pada kita...???????






Puteri menjadi sangsi jika mereka memilih kita kerana kita cantik..bagaimana jika yang datang selepas kita atau yang akan melintas dihadapan mereka lagi cantik dari kita sekarang..Bolehkah mereka masih setia pada kita...Bagaimana pula jika kita memang cantik ketika muda remaja tapi bila usia menerjah..hanya kedut2 yang mereka nampak..adakah masih ada rasa sayang itu..konfiusnya....


Lagi sangsi..dapatkah mereka menerima kita jika tetiba kecantikan kita ditarik..nauzubillah..mana tahu malang tidak berbau...sama lah jugak situasinya, jika seseorang perempuan itu memilih lelaki kerasa kekacakan nya..jangan lah begitu yepppp ~


Cantik ni sebenarnya ujian....wanita mana tidak dipuji kerana cantik, lelaki mana tidak dikejar wanita kerana `kehenseman` dia..inilah ujiannya ! pujian keliling pinggang mudah buat manusia lemah..mereka boleh menjadi alpa dan terlupa yang kecantikan itu milik ALLAH..Mereka mudah merasa bangga jika mereka tewas dengan ujian ini...


Cantik ini bahaya kerana manusia boleh menyalah gunakan sifatnya yang disukai orang ramai..bagi wanita, jagalah kecantikan zahiriah anda,,kerana, tanpa anda ketahui..lelaki sukar lelap mata jika anda seakan2 membuat pameran dihadapan mereka..kesianlah pada mereka..benarkan kaum adam?.heee..Dan lelaki pula, jangan lah menggunakan kecantikan luaran yang anda ada untuk memiliki semua wanita dan kemudian nya menyakiti hati mereka..kesianlah pada wanita sekalian..huk3..=(
Puteri cakap2 ni macam puteri anti cantik lak kan..hahaha..bukan begitu, jangan salah faham...Puteri saja hendak mengingatkan diri dan sesiapa yang sudi..Cantik ni memang penting..sakitlah mata kalau kita tengok benda yang buruk2 je kan..tapi apa yang puteri nak tekan kan entry kali ni..please please please pelihara kecantikan anda..kerana ia adalah anugerah..jangan cemarinya..Cantik yang hakiki dan tiada expired date adalah cantik hati..Pilihlah mereka yang suka kita kerana kecantikan hati kita dan pilihlah mereka juga kerana hatinya dan bukan rupanya 100%.. ( ^ . ^ )




P/S : wanita jadilah secantik mawar merah..cantiknya sangat indah dipandang namun durinya yang tajam bisa menjadi pelindung..iman adalah pelindung kita..sama2lah kita beramal.insyaallah.=)





~ korang jangan lupa ikut kisah Seth dan Nora elena dalam drama bersiri `nora elena`.tiap ari isnin hingga khamis jam 7 mlm..drama ni adaptasi novel `kasih yang suci`..jalan cerita dari novel memang sgt best.so ikut lah yer....=)  


novel best~

pelakon2 nora elena. Oklah, setakat ini jelah entry kali ni..doakan puteri lulus exam..maafkan jika ada salah bahasa dan intonasi..hehehe..terima kasih daun keladi baca blog ni..len kali masuk lah lagi..=)