Free Flash banner by FlashBannerNow.com

Dec 25, 2010

Sakit!!!

Assalammua`laikum semua..thnks ya sebab sudi baca ruangan ini..
segala penat jerih saudara saudari semua on kan pc than klik pada ruangan ini hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Alhamdulillah..syukur.akhirnya dapat jugak Puteri hasilkan blog ni..sebenarnya berniat da lama tapi tak jugak siap2 blog nie. Akhirnya pada 25hb 12 2010..bersama iringan bunyi bunga api sempena krismas.chewahhh..akhirnya siap sudah.hehehe..ish3, byk pulak mukadimah Puteri yee...ok lah, untuk post yg pertama ni, puteri nak bercerita tentang ASD...hahaha..apakah itu??? jeng jeng jeng....

ASD ni adalah Atrium Septal Defect, sejenis penyakit jantung..sebelum nie Puteri pun tak tahu sgt tntg penyakit ni walapun da balaja dalam subjek Patologi..huk3.tapi bila melaluinya sendiri barulah Puteri tahu.....sebenarnya cerita ni da lama..Puteri pun da sihat mcm org normal da sekarang..cuma, Puteri ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman puteri supaya kita semua akan lebih memahami dan seterusnya membantu golongan org susah yang mempunyai penyakit kronik...

**********************************************************************************
Segalanya bermula 7 tahun yang lalu.........tahun 2003. Masa tu Puteri dalam tingkatan 3. Seingat Puteri, masa tu tgh bertungkus lumus nak exam PMR..tetiba, semua murid tingkatan 3 dipanggil untuk pemeriksaan kesihatan di perpustakaan sekolah. Puteri rilex je lah, yelah `confident` kot sihat sejahtera..hehehe.bila sampai giliran Puteri, doktor buat muka pelik bila dengar dengupan jntung puteri..teruk bebeno muka dia..dalam hati Puteri mmg da tak sedap..lagi tak sedap bila doktor suruh tggu sekejap...ahhhhh sudah!!.

Than, tak lama lepas tu, nurse kasi surat cinta kat Puteri, dia suruh datang klinik untuk pemeriksaan lanjut. Dia kata jantung puteri ada `bunyi`....dulu tak tau istilah yg sesuai, skg ni org panggil `murmur`..bunyi apakah?? ada lagukah?? ...uhuk3..sedih yang tak terkata..tak sempat nk masuk kelas, air mata da bertaburan.Sedih =(.

Nak PMR lagi, ada penyakit pula..start dari kejadian tu, hidup Puteri tak mcm org lain dah...Fikiran selalu runsing plus stress pergi merata2 hospital yg memberikan layanan  `sgt baik`..last sekali, doktor syorkan Puteri dibedah dekat Pulau Pinang....masa tu susah sikit, nak dioperate perlukan banyak duit..beratus ribu kot..mana nak cari duit...hu3.memandang kan Puteri sihat + xdak duit + nak PMR + tak percaya ngan doktor tu + takkkkk nakkkkkkk operate..Puteri x nak dioperate......



**********************************************************************************

Hidup diteruskan macam biasa, tak de rasa penat pon. Elehhhhhhhh, org tak sakit lahhhhh..boleh jer org merentas desa, boleh jer org berlari...`ayat menyedapkan hati`..padahal asyik fikir jer..betul ke Puteri sakit..betul ke ni..aihhhhh, mmg hidup tak indah langsung lah...hahahha. Memang simpan jer seorang diri..tak nak family risau especially mak....

Habis PMR smbung belaja kt MRSM....hidup semakin busy..kadang2 terlupa jap tntg penyakit tu...hahahaha.Bagus2...syabas bete!!! Abis SPM masuk matrikulasi pulak...lagilah terlupa terus...nak kejar pointer punya pasal....kih3.

Puteri ingatkan hari2 Puteri akan semakin cerah...rupanya hujan ditengah hari...adushhhhh..dapat surat cinta lagi kali ni refer ke hospital terus dari doktor masa puteri wat pemeriksaan kesihatan nak masuk U..adeiiiii, ingatkan doktor tak perasan.....ngeh3.

**********************************************************************************
Masa tahun 2008, setelah fikir panjang plus masa tu ada org yg sudi beri sokongan padu...Puteri yg sgt trauma masuk hospital nih..ambil keputusan pergi ke HKL seorg diri untuk buat pemeriksaan..hati mmg berat...aduhhhhhhhhhh..
Banyak kali jugak berulang alik ke HKL..byk kali  jugak lah kelas terbakar..hahahaha.Pada 1hb 3 2009....Puteri di sah kan ada Congenital Atrium Septal Defect..atau kata lain jantung berlubang sejak dari lahir...=(

Xtahu macamana nak gmbarkan perasaan masa tu..Hanya Allah saja yang tahu..Rasa macam tak percaya.Tapi itulah realitinya..Sedih yang teramat..terus telefon semua ahli keluarga..da tak dapat nak simpan seorang diri lagi..semangat pun da takder.........=(... Nasib baik Puteri masih ada mereka yang begitu menyayangi puteri..~Mak, Ayah, Abg, Abg chik ,Abg Cu dan adik2 jugak kawan2..terima kasih sebab sayang puteri..!

**********************************************************************************
Kes puteri dirujuk ke IJN ( Institut Jantung Negara )....setelah berulang alik, akhirnya puteri diberi tarikh untuk prosedur penutupan lubang dijantung puteri ( ASD closure )...doktor cakap, procedur ini tak melibatkan `open surgery`..tapi hanya tiub yang dimasukkan melalui tangan dan apabila tiub itu sampai di jantung,tiub itu akan terbuka dan menutup lubang tersebut.....ini doktor tu yang cakap lah..ternganga je aku dengar..hahaha.Tapi lagi ternganga bila doktor cakap harga rawatan ni dalam anggaran ratusan ribu...mana nak cari bai..byk tu...hati aku mula rasa malas nak wat prosedur ni...Tapi alhamdulillah, dari sorg hamba ALLAH ni ,aku dapat tahu ada tabung bantuan yang disediakan di IJN..iaitu Jabatan Taksiran..Alhamdulillah..Allah permudah urusan aku..Selepas semua pembayaran melalui jabatan taksiran selesai..pada 24hb 6 2009..aku di masukkan ke IJN..first time masuk wad..macam2 rasa, sedih, risau, takut..hmmmmmmm..tawakkal aje..@.@

katil kat IJN

***********************************************************************************
Mesti korang yang tak pernah kena operate tak tahu apa terjadi sebelum kita dioperate. Inilah antara procedur sebelum masuk ke bilik bedah :

~bercukur ( tak termasuk rambut )...hahaha.
~mandi dengan ubat antiseptik.
~diberi ubat untuk perkumuhan..supaya 2-3 hari selepas dibedah anda tidak akan rasa nk membuang..
~berpuasa dimalam hari sebelum dibedah
~diberi ubat tido sebelum beberapa jam dibedah ( sedative drug)


~dimasukkan IV line (untuk antibiotik, untuk ubat tahan sakit dan untuk air )..
sakit tau.....benci3.!!
inilah satu daripada 6 IV line yg  cucuk puteri.hu3.
IV line lagi....

Pada kul 2.oo ptg, 25hb 6 2009..puteri diusung ke bilik bedah..ketika dalam ruangan menunggu, Puteri nampak ramai pesakit lain atas katil yang sedang menunggu giliran..seram sejuk dibuatnya..semua pakcik2 dan makcik2. Puteri seorang jer org muda masa tu...hahahhaha.Sadis3..Masuk je dalam bilik bedah, doktor pakar bius a.k.a anesthesiologist check IV line Puteri..nampaknya mcm kena tukar yg lebih besar...aduhhhhh..sakit lagikk..hu3.

Sebelum Puteri tutup mata, sebelum dibius...doktor mintak Puteri mengucap 2 kalimah syahadah...Msa tu dalam hati Puteri hanya ALLAH sahaja yg tahu..`Ya ALLAH, permudahkanlah urusan ku ini..Panjangkanlah usia ku.Kalau disini akhir usiaku peliharalah semua org2 yg aku syg...Ampunkan aku YA ALLAH !!!!!`~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~mata tertutup..Puteri tak sedar pada yang da berlaku selepas itu....~~

Apabila Puteri sedar, perit rasanya tekak Puteri..rupa2nya ada tiub dalam tekak Puteri..erk3..tak dpt ckp..air liur pon tak leh telan...tolong suction wahai nurse.....aduhhhhhh..`adik, procedur kita gagal,sebab lubang jantung adik da besar..tak sesuai ngan procedur ini...`~~senangnya cakap, selepas mcm2 korg da buat...geram punya pasal plus sakit lagi..Puteri nangis sepanjang nurse bawa Puteri masuk wad...padan muka korang..padan muka puteri jugak....huk3.

Sepatutnya esoknya Puteri da kena discharge dari IJN..kena wat appoitment lain untuk operation yang sebenar..Tapi oleh kerana rezki Puteri dan belas ihsan dari seorang doktor yang bernama MR. Abu Bakar..(Surgeon kita pggil Mr. kalau doktor kesihatan kita panggil Dr. )...Puteri akan dioperate pada keesokkan harinya..Sebelum dioperate..Puteri diberi latihan pernafasan dan alat pernafasan supaya Puteri dapat bernafas dengan baik selepas pembedahan..........Nah, tarikh keramat 26hb 6 2009..Puteri berjaya dibedah selama 45 minit..sakit memang sakit plus effect ubat bius lagi ( general anesthesia )..plus kena mkn ubat byak lagi....hahaha. Lepas operate, mak lah yang banyak jaga Puteri kt hospital..sedih tgk mak kena tidur beralaskan lantai sahaja. Mak jaga aku dengan baik sekali. Terima kasih mak..jasa mu sgt besar sekali!! Selepas sehari dioperate, aku disuruh bangun, berjalan dan mengerakkan semua anggota badan supaya pengaliran darah akan kembali pulih.

Kenangan paling best kat IJN adalah ketika mengikuti fisioterapi. Memang terbaiklah ahli fisioterapi IJN..daripada aku tak leh naik tangga, terus dapat naik tangga..yang paling penting daripada aku tak boleh senyum, terus aku dapat senyum dan ketawa...hehehe.Lepas 11 hari dalam wad..Puteri dibenarkan pulang....

Alhamdulillah..itulah titik perubahan besar dalam hidup Puteri..selepas setaun, Puteri da sihat..hanya tinggal lagi satu check up je lagi..selepas itu Puteri bebas dari ASD..tapi kenangan mmg tak dpt dilupakan sedangkan parut pun tidak akan hilang sampai ke akhir hayat puteri.....


penghargaan untuk Dr2 yang terlibat + staf IJN ( tulisan sgt buruk sbb tgn da IV line..adeiiii...)

renungan bersama :

peka lah terhadap org yang tidak bernasib baik tambah2 lagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.Kesianlah pada bayi2 yang mengidap penyakit jantung berlubang. Mereka mungkin akan mempunyai masa depan yang cerah jika mereka sihat.Marilah kita sama2 membantu mereka..Terima kasih IJN..Luv u sgt lahhh !! terima kasih rakan2 yg dtg melawat..=)

kawan2 kasi bear untuk teman Puteri di IJN....~~~

11 comments:

  1. ...rse nak cdih tergelak plak~1st time bce luahan puteri selama ni dengar je..alhamdulilah i m de happiest person to see u becme healthy again after u suffer alot b4 dis

    next story..plis insert me on it
    (~ ^)><(^ *)hahaha

    ReplyDelete
  2. walaupun aku xbaca abis..tp aku tkjut...smga kau terus sihat..

    ReplyDelete
  3. dari tingkatan 5 aku xpenah abis bce novel buku teks...hhaaahhahaha

    ReplyDelete
  4. wah..puteri buatan ye..ahaks
    btw, feelg mase bace entry ni ngan ko yg bercerita sgt len..menyentuh kalbu ku seyh bace entry ni..syabas2

    rai cun~~~

    ReplyDelete
  5. mr ezani ekk??
    same ngan dr yg treat ayah aku jugak.. =)
    mereka byk bjasa..
    buat ramai org tsenyum kembali..

    ReplyDelete
  6. btoi2..sgt berjasa.terhutang budi sgt..=)
    harap ayah awak makin sihat dan gembira slalo..

    ReplyDelete
  7. seriusly aku terkjut ko da skit dila...w.pon kita xpnah rpat, tp pnah la smbang2 kan...hihi...
    tgk ko chat gumbira ja...mang xsangka...tp ok la,suma dh setel n berjlan lncar...jga ksihatan ye...=)

    ReplyDelete
  8. thnks mai..sakit tak pilih org kn..dila sendiri pun tak sgka tapi alhmdulillah semua da norml blk..

    ReplyDelete