Free Flash banner by FlashBannerNow.com

Dec 28, 2010

Nasihat untuk Muslimah ~~renungan bersama..


`Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah....` Puteri selalu dengar bait2 lagu nie dari radio..tersentuh sangat..anda bagaimana pulak??? Wanita? siapakah mereka sebenarnya..Puteri seorang wanita, ibu Puteri seorang wanita...teman2 rapat Puteri jugak dari golongan wanita...kehidupan kita setiap hari dikelilingi dengan wanita !

Bagi Puteri wanita adalah makhluk ALLAH yang sangat indah kejadiannya..di jadikan daripada tulang rusuk lelaki..lemah lembut, setia dan sentiasa menjadi peneman hidup lelaki. Tapi awas !!! hati wanita mudah terusik. Emosinya tak sestabil lelaki. Nafsunya melebihi akal. Namun, usah dipandang rendah dengan kemampuan wanita kerana tangan yang menhayun buaian mampu mengegarkan dunia. Wanita tak mintak disanjung atau di banggakan tapi jika sedikit penghargaan diberikan kepada wanita dengan memberi kasih sayang yang tulus dan berpanjangan..itu sudah lebih dari cukup !!

Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah )

*Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara laki laki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan ha-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.

Untuk post kali nie, Puteri ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang Puteri perolehi setelah membaca buku hasil karangan Muhammad Najib dan Nur Yasmin Zulaikha..sebenarnya banyak nasihat yang diterangkan dalam buku ini..tapi oleh kerana esok ada klinik plus fikir patient lagi, Puteri tulis sebanyak mana yang Puteri mampulah... =)
Antara nasihat2 khas untuk wanita muslimah dan golongan adam yang akan membimbing wanita-wanitanya adalah seperti berikut...sama2 lah kita baca dan renung2 kan..

  • Tidak boleh seseorang wanita berpuasa ( sunat ) pada waktu suaminya berada disampingnya seharian, selain bulan ramadhan, kecuali dengan izin suaminya.
  • Sebaik2 pernikahan adalah yang paling ringan mas kahwinnya.
  • Janganlah kamu memperbanyakkan ketawa, sesungguhnya ketawa itu dapat mematikan hati.
  • Dihalalkan bagi wanita memakai sutera dan emas, tetapi diharamkan bagi lelaki.
  • Jangan menyambung rambut!
  • Jangan menggambarkan wanita lain kepada suaminya sehingga seakan2 dia (suami ) melihat kepada wanita itu.
  • Dua nikmat yang selalu buat kita tertipu dengannya ( lalai ) iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu terluang.
  • Bacalah Al-Quran kerana itu adalah syafaat (penolong ) pada hari kiamat bagi yang membacanya.
  • Wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada masalah, maka diharamkan baginya wangian syurga.
  • Perbezaan di antara seseorang dan kekafiran adalah meninggalkan solat.
  • Dan janganlah berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
  • Allah tidak akan melihat kepada seseorang wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya, padahal dia masih lagi memerlukannya.
setakat itu je lah yang mampu Puteri tulis tuk malam nie..nanti ada masa Puteri sambung lagi ye..insyaallah.Terima kasih kerana membaca..Wanita, renung2kanlah ayat dibawah.............

`Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya, dan janganlah  menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera2 mereka atau putera2 suami mereka atau saudara2 lelaki mereka atau putera2 saudara lelaki mereka atau putera2 saudara perempuan mereka atau wanita2 Islam atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita `   




renungan bersama : Hargai dan bimbinglah kaum wanita..Anda pasti tidak akan menyesal !!! hehehe.hidup wanita..!! Hidup kaum adam yang sayang wanita !!            =)


No comments:

Post a Comment