Free Flash banner by FlashBannerNow.com

May 14, 2011

~ C a n t i K ~

Assalammua`laikum~~~~
kalau tak jawab berdosa.. kalau jawab tandanya sayang.. hehehe.


Hai semua.. sihatkah anda semua.. Puteri masih kepenatan setelah hampir 
sebulan pulun untuk exam final.. PROFESSIONAL EXAM` kot.. dengar nama exam pun da gerun.. belum lagi selak2 kertas soalan dia.. memang ketar perut.. jawapan memang berjela lah.. yelah nak penuh kan kertas jawapan tu.. markah nak kena beri beratus2..hope jawapan yang diberi itu menepati citarasa pemeriksa lah.. hahaha. Puteri tak dapat nak komen apa2 sekarang.. hanya TAWAKAL saja kepada ALLAH..ALLAH always on my side..=)
hanya Doa DOa dan DOA....

                 
                 
                   ~~~~~~~~~~~~~@@@@~~~~~~~~~~~~~~


Oklah,mlm nie Puteri hendak berkongsi tentang `cantik`....


Semua orang suke dengan cantik kan.. orang yang terkurang `sense` je tak suke benda yang cantik..tapi apa pandangan korang tentang maksud cantik sebenarnya..?? ce jawab ce jawab....=)


Umumnya cantik nie maksudnya sesuatu yang dapat membuatkan seseorang yang mempunyainya gembira atau seseorang yang melihatnya merasa suka..haih, da mcm kamus dewan bahasa dan pustaka da nih..hehehe..Namun maksud cantik ni boleh berbeza dari seorang dengan seorang lain..dan tahap ukuran kecantikan ini jugak tidak sama dari orang A ngan orang B..lain orang lain pendapatnya kan..


Tapi bagi puteri cantik sesuatu yang indah yang tidak semua orang senang2 memilikinya dan cantik ni sukar dijaga..Paling penting cantik sifatnya tidak kekal..`kecantikan hak milik setiap insan`..macam fimiliar je  kan kata2 ini..bila renung2 ayat nie..ada juga benarnya..kecantikan sudah di anugerahkan oleh Si Pecipta kepada setiap hamba2NYA..benar, cantik  hak setiap insan...tapi tidak semua yang menggunakan haknya pada tempat yang benar..


Puteri terfikir2 bila ada sahabat menasihatkan puteri usah risau tentang jodoh kerana katanya ramai lelaki diluar sana pasti akan terpaut ngan kecantikan ini..( walaupun tidaklah secantik mana...adeeiiiiii...).Puteri terfikir adakah molek jika cantik rupa paras yang dipertaruhkan..adakah akan bahagia jika cantik rupa yang membuat kan seseorang lelaki suka pada kita...???????






Puteri menjadi sangsi jika mereka memilih kita kerana kita cantik..bagaimana jika yang datang selepas kita atau yang akan melintas dihadapan mereka lagi cantik dari kita sekarang..Bolehkah mereka masih setia pada kita...Bagaimana pula jika kita memang cantik ketika muda remaja tapi bila usia menerjah..hanya kedut2 yang mereka nampak..adakah masih ada rasa sayang itu..konfiusnya....


Lagi sangsi..dapatkah mereka menerima kita jika tetiba kecantikan kita ditarik..nauzubillah..mana tahu malang tidak berbau...sama lah jugak situasinya, jika seseorang perempuan itu memilih lelaki kerasa kekacakan nya..jangan lah begitu yepppp ~


Cantik ni sebenarnya ujian....wanita mana tidak dipuji kerana cantik, lelaki mana tidak dikejar wanita kerana `kehenseman` dia..inilah ujiannya ! pujian keliling pinggang mudah buat manusia lemah..mereka boleh menjadi alpa dan terlupa yang kecantikan itu milik ALLAH..Mereka mudah merasa bangga jika mereka tewas dengan ujian ini...


Cantik ini bahaya kerana manusia boleh menyalah gunakan sifatnya yang disukai orang ramai..bagi wanita, jagalah kecantikan zahiriah anda,,kerana, tanpa anda ketahui..lelaki sukar lelap mata jika anda seakan2 membuat pameran dihadapan mereka..kesianlah pada mereka..benarkan kaum adam?.heee..Dan lelaki pula, jangan lah menggunakan kecantikan luaran yang anda ada untuk memiliki semua wanita dan kemudian nya menyakiti hati mereka..kesianlah pada wanita sekalian..huk3..=(
Puteri cakap2 ni macam puteri anti cantik lak kan..hahaha..bukan begitu, jangan salah faham...Puteri saja hendak mengingatkan diri dan sesiapa yang sudi..Cantik ni memang penting..sakitlah mata kalau kita tengok benda yang buruk2 je kan..tapi apa yang puteri nak tekan kan entry kali ni..please please please pelihara kecantikan anda..kerana ia adalah anugerah..jangan cemarinya..Cantik yang hakiki dan tiada expired date adalah cantik hati..Pilihlah mereka yang suka kita kerana kecantikan hati kita dan pilihlah mereka juga kerana hatinya dan bukan rupanya 100%.. ( ^ . ^ )




P/S : wanita jadilah secantik mawar merah..cantiknya sangat indah dipandang namun durinya yang tajam bisa menjadi pelindung..iman adalah pelindung kita..sama2lah kita beramal.insyaallah.=)





~ korang jangan lupa ikut kisah Seth dan Nora elena dalam drama bersiri `nora elena`.tiap ari isnin hingga khamis jam 7 mlm..drama ni adaptasi novel `kasih yang suci`..jalan cerita dari novel memang sgt best.so ikut lah yer....=)  


novel best~

pelakon2 nora elena. Oklah, setakat ini jelah entry kali ni..doakan puteri lulus exam..maafkan jika ada salah bahasa dan intonasi..hehehe..terima kasih daun keladi baca blog ni..len kali masuk lah lagi..=)





No comments:

Post a Comment