Free Flash banner by FlashBannerNow.com

Mar 28, 2011

puisi untukmu ....







Penat kakiku melangkah mgikut waktu


Mencari2 dimana silapku 


Teraba2 setiap tingkahku


Hingga kau membuang aku


Jauh dari hidupmu


Tiap ketika hanya rindu menemaniku


Tiada lagi gurau sendamu


Tiada lagi senyum manismu


Yang tinggal hanya tanda tanya


Dimana diri ku didalam hatimu


Tiada lagi gelak tawamu


Yang sering membuatku rindu


Yang sering kuimpi disetiap lenaku


Hingga ada kalanya mimpiku dijamu


Dengan kata2 manis bibirmu


Mengungkapkan rindu


Mengungkapkan kau sayang padaku


Hingga aku tertunduk malu


Bilamana kau menyarungkan cincin dijari manisku


Tapi apakan dayaku 


Semua itu hanyalah fantasi tidak berlagu


Sedangkan kini realiti yang penuh sendu


Sukarnya untuk aku melepaskan dirimu


Kerana sekian lama kau begitu sebati dijiwaku


Kiranya masih tega dirimu membuang aku dan berlalu 


Seolah aku ini langsung tiada harga bagimu


Sedangkan sudah lama kita berkongsi suka dan duka


Sedangkan aku sentiasa setia disisimu wlupun siapa jua dirimu


Kiranya masih tega dirimu menafikan cintaku pada mu…


Aku pasrah…


Cuma yg aku minta jika masih bersisa kasih syg mu untukku


Kembalilah kepadaku ~~~~

No comments:

Post a Comment