Free Flash banner by FlashBannerNow.com

Mar 17, 2011

SahAbAt..........



Bila sahaja puteri mendengar lagu ni kat fB tadi..puteri rasa tersentuh sgt..tanpa disedari setitik lagi air mata jatuh...bukan nk beremosi atau apa tapi bagi sesiapa yang pernah mempunyai sahabat tetapi selepas itu dia hilang..apa yang hendak kita rasa..gembira ?? sedih ??ntah lah..puteri sayang semua sahabat puteri..sahabat baru atau yang lama kerana mereka pernah berjasa kepada puteri..mereka pernah buat kita tersenyum dan ketawa..Puteri pernah hilang sahabat..tapi bukan salah dia..keadaan yang memaksa..Hati puteri menjadi tidak tenang sejak dia tiada...namun apabila masa berlalu dan diri menjadi semakin matang..Puteri mencari dia kembali..kerana puteri sayang sahabat puteri..gubahan dibawah ini dikarang khas untuk dia..


~ ******************************************************************************* ~


Sahabat,
kehadiran mu bak pelangi yang muncul kala senja bertemu...
diriku kau ceriakan dengan cerita gembiramu...
diriku kau sayukan dengan cerita sedih hidupmu..
Akulah sahabat mu, pendengar setiamu...


Sahabat,
aku tahu dulu kita seperti tiada pisahnya..
setiap masalah dilalui bersama..
setiap kegembiraan dikongsi jua..
namun masa adalah musuh kita..
dia sentiasa cemburukan apa jua yang ada pada kita..
lemah melawan badai, kita terpisah jua akhirnya...

Sahabat,
Kini jauh aku dan engkau merantau mewarnai hidup masing2...
setinggi mana pun aku terbang tak kan aku sesekali melupakan mu
kerana akulah sahabatmu yang comot...
dan engkaulah sahabatku yang comel.. =)









No comments:

Post a Comment